agenda hari ini
1- dimulai dengan bangun pagi
2- kemas bilik sikit-sikit
3- on9 jap
4- masak pasta nasi goreng kampung
5- sambung on9 lagi
6- tengok wayang kat jitra
7- makan kat mamak
8- sambung balik on9
9- diakhiri dengan tido
dapat dilihat disini kebanyakan masa dihabiskan dengan on9 memanjang..hehehe hari ni hari sabtu kan, so rest la kejap dari kerja-kerja ilmiah ni..letih rasanya otak ni bila hanya baru mula berfikir tentang assignment yang berlambak-lambak tu..haish biasa la kan nama pun student..kata azam baru nak jadi pelajar yang berwawasan! wah cayalah! tabik spring sikit untuk diri aku ni..
babak 1**start**
sedang-sedang berehat melayan perasaan sambil meregangkan perut ni tiba-tiba satu suara bertanya:
suara 1: apa agenda kita hari ni? jom tengok wayang jom!
suara 2: jom wei..aku nak tengok cerita mantra.
suara 3: aku tak nak tengok cerita perang-perang..boleh tido aku nanti.
suara 4 & suara 5: jom wei..setuju!
maka, bermula la aktiviti riadah hari ini iaitu menonton wayang di jitra mall..koje nak perabih duet tu laju je kan..hish
babak 2**start**
sedang berehat-rehat lagi merenung masa depan tiba-tiba..
suara 1: wei jom kita pakai selendang pegi jalan-jalan petang ni.
suara 2: jom wei..tapi aku tak reti la.
suara 3: takpe-takpe..meh aku ajar korang pakai.
suara 4: ha mak meh sini aku ajar sekali.
untuk pengetahuan, nama manja aku di sini ialah mak..aku pun tak tahu la celah mana yang tiba-tiba wujud nama tu kan..aisey abis la peratus lelaki nak ngorat aku turun dengar nama mak tu..haha
aku pun dengan bersemangatnye turun katil dan terus menuju ke destinasi kawan ku itu dengan rasa berkobar-kobar..setelah disimpul-simpul hampir terlilit kepala ni, dengan berpeluh-peluh aku berhempas pulas belajar cara memakai selendang ni akhirnya menjadi la jugak..nampak la rupa macam orang lain pakai selendang kan..
ha elok la sikit ko pakai selendang ni mak..ada suara memuji (tak tahu la tuus ke tidak pujian itu)hehe..setart dari itu, aku memasang hajat nak belajar memakai selendang..senang jugak la rupanya..tak ada la teruk mana pun, pakai sarung je mana sempat nanti..maklum la dah dekat nak mula zaman pekerjaan pulak kan..
elok la sangat kan dah ada towkey jual tudung dan selendang dalam rumah ni..seronok la minah tu pasni..melambung-lambung la bisnes dia pasni..wei jgn lupa share-share sikit na..hehe
okay la masa dah time nak tido..hehe nite-nite..
2 congcangan:
fewittt.. cun la u. hikhik
alamak malu i~ haha
Post a Comment